fbpx

Pecah masuk 1,000 rumah tetapi bukan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - ABC

TOKYO – Polis Jepun memberkas seorang lelaki yang dilaporkan mengaku memecah masuk ke dalam lebih 1,000 kediaman sebagai cara luar biasa untuk menghilangkan tekanan.

Seorang jurucakap polis berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan  kelmarin kerana disyaki menceroboh sebuah hartanah di Dazaifu, selatan Jepun.

“Pecah masuk rumah orang lain adalah hobi saya dan saya telah melakukannya lebih daripada 1,000 kali.

“Saya sangat teruja sehinggakan tapak tangan saya berpeluh kerana memikirkan sama ada saya akan tertangkap atau tidak. Aktiviti ini juga menghilangkan tekanan saya,” akhbar Mainichi Shimbun memetik lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu sebagai berkata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI