fbpx

ACLE: Nasib tidak berpihak JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT terpaksa akur berdepan kekalahan kedua pada saingan ACLE apabila tewas kepada Shandong Taishan kelmarin. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tampil meredakan tekanan pemainnya selepas tewas 0-1 kepada kelab China, Shandong Taishan FC pada aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) di Stadium Olimpik Jinan kelmarin.

Di sebalik luahan mengecewakan oleh kapten pasukan, Natxo Insa selepas mengambil kira penguasaan permainan sepanjang perlawanan, Bidoglio memberi bayangan hanya nasib tidak menyebelahi Harimau Selatan.

“Pada pendapat saya, JDT bermain dengan baik dan berjaya mencipta beberapa peluang, tetapi hakikatnya inilah bola sepak,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, penjaga gol tuan rumah, Wang Dalei muncul antara pemain paling menyerlah apabila melakukan sekurang-kurangnya dua aksi menyelamat berkualiti tinggi.

Kemasukan bintang import dari Brazil, Cryzan nyata menjadi percaturan berbaloi buat tuan rumah apabila umpanan menariknya pada minit ke-68 berjaya disudahkan dengan sempurna oleh seorang lagi pemain gantian, Zeca.

Walaupun tewas buat kali kedua dipertandingan elit Asia musim ini, JDT masih lagi berada di landasan tepat untuk menamatkan saingan awal dalam kelompok lapan terbaik yang akan mara ke pusingan seterusnya.

Biarpun hanya tujuh mata yang dikutip setakat ini, Harimau Selatan masih boleh mengakhiri November dalam senarai lapan terbaik apabila bakal berdepan wakil Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI