fbpx

‘Mereka paksa adik saya makan babi, ugut nak sembelih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tengah, duduk) ketika bergambar bersama ahli keluarga mangsa pada sidang media sindiket pemerdangan manusia di Megan Avenue, Jalan Tun Razak, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 36 tahun bukan sahaja dipaksa memakan daging babi, malah turut diugut akan disembelih oleh sindiket pemerdagangan manusia jika gagal memperoleh wang tebusan sebanyak RM30,000.

Kakak mangsa, dikenali sebagai Aini, 37, berkata, mangsa dari Langkawi yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa itu ditawarkan ganjaran berjumlah RM5,000 bagi tugasan sehari untuk mengambil barang di Bangkok, bersama seorang lagi rakan sekerja.

Namun, pada 11 November lalu katanya, mangsa yang dipercayai berada di Myanmar ada menghubunginya dan memberitahu telah dipukul sindiket selain merayu supaya diselamatkan.

“Adik cakap air pun mereka tak bagi. Saya ada pesan, kalau kena makan babi, makanlah hanya untuk teruskan hidup semata-mata. Sindiket kata tak mahu dia sebab Melayu. Mereka minta bayar tebusan dalam masa seminggu kalau tak akan sembelih (adik).

“Sekarang pun asyik kena pukul sampai adik menangis-nangis dan merayu minta tolong untuk bayar, tapi kalau bayar pun belum tentu dia dibebaskan,” katanya pada sidang akhbar anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.

Sementara itu, adik kepada rakan mangsa yang turut diperdaya sindiket sama memaklumkan, kedua-duanya mereka ada cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap semula.

Sindeket berkenaan turut mengurangkan wang tebusan berjumlah kira-kira RM89,000 ke RM30,000 atas alasan abangnya itu sudah tua dan tidak mahir menggunakan komputer.

“Abang saya hilang, kena tipu kerja dengan seorang lagi rakan (adik kepada Aini). Rakannya yang lain maklumkan abang saya ada telefon dan beritahu (abang) ada di Mae Sot, kena tipu kerja.

“Sampai hari ni sindiket minta wang tebusan. Mereka cakap tak mahu abang sebab tu turunkan sikit jumlah wang tebusan atas alasan abang saya umur 40 tahun, sudah tua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI