fbpx

Lebih 700 kakitangan pendidik belum tandatangan SSPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (tengah) berswafoto dengan penjawat awam yang hadir ke Perhimpunan Madani Penjawat Awam Ceupacs Kelantan Tahun 2024 di sebuah hotel di Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Lebih 700 warga pendidik yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum menandatangani opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr. Adnan Mat berkata, justeru, kakitangan awam yang masih belum menandatangani opsyen itu disaran segera berbuat demikian kerana pilihan tersebut masih berbaki tiga hari lagi.

“Cuepacs harap mereka yang belum berbuat demikian supaya berfikir dan membuat pilihan tepat.

“Jangan mudah terpengaruh dengan beberapa agenda tersembunyi yang tular di TikTok dan laman sosial yang mendakwa faktor umur bersara, pencen berubah dan vaksin jika menandatangani SSPA. Semua itu tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Madani Penjawat Awam Ceupacs Kelantan Tahun 2024 di sebuah hotel di Tunjong di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI