fbpx

Dewan Rakyat: Bank perlu bertanggungjawab kehilangan wang pendeposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pihak perbankan perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan wang pendeposit sekiranya perkara itu berpunca daripada kelemahan sistem kewangan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, perkara itu ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam meningkatkan hak perlindungan pengguna.

“Bagi memperkukuhkan hak pengguna, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan keperluan institusi kewangan menjalankan siasatan terperinci dan telus setiap kes penipuan kewangan.

“Pihak bank bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian (terhadap mangsa) penipuan sekiranya disebabkan kelemahan bank,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang meminta penjelasan mengenai langkah institusi kewangan meningkatkan kawalan dan pengesanan awal terhadap transaksi mencurigakan bagi mengelak aliran wang mangsa penipuan ke akaun penjenayah.

Dalam pada itu, Kulasegaran memaklumkan,Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) telah menerima 131,036 panggilan antara 12 Oktober 2022 hingga September lalu, termasuk 52,836 laporan berkaitan kes penipuan dan 78,200 panggilan untuk nasihat.

“Dalam tempoh yang sama, pihak polis membuka sebanyak 15,106 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan untuk kes penipuan, serta 77 kes melibatkan pengubahan wang haram, dengan jumlah akaun yang dibekukan bernilai RM75.35 juta.

“Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil tindakan menyekat 131 nombor telefon yang digunakan untuk aktiviti penipuan, serta menamatkan 112 nombor mencurigakan dalam tempoh tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI