fbpx

Elak benda karut mohon lot tanah kampung tersusun – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Kerajaan negeri memberi jaminan kriteria permohonan penduduk untuk menyertai program Kampung Tersusun Desa Sejahtera dibuat secara telus tanpa mengira latar belakang parti politik masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, syarat utama pemohon menyertai program tersebut merangkumi kategori miskin dan miskin tegar .

“Kita nak elak benda-benda yang berlaku pada zaman dahulu. Kalau orang kampung kena jadi ahli (parti) politik dahulu baru boleh duduk di situ. Jadi kubu atau fixed deposit pilihan raya. Jadi cawangan, kena buka cawangan.

“Saya rasa benda itu pada 2025 ini orang tak buat dah kerja karut, kerja mumbo (merapu). Nak syarat kena sokong dahulu baru boleh borang, kena cop ketua bahagian pula, ketua cawangan. Mumbo itu kita tak mahu ulang. Kita bagi kepada mereka yang layak berdasarkan latar belakang dia iaitu miskin dan miskin tegar. Mumbo zaman dahulu kita tinggal,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan tambahan yang dikemukakan oleh Mohd. Radzi Md Amin (PN-Pedu) berkaitan syarat memohon pemberian lot tanah komuniti B40 di Kedah.

Muhammad Sanusi (PN-Jeneri) menjelaskan, sejumlah 1,281 plot diperuntukkan di bawah program tersebut di seluruh daerah ini dengan lot terbanyak di Kuala Muda 411 plot dan Sik (227) dan Kubang Pasu (142).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI