fbpx

Keluar untuk lihat sekatan jalan raya sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar menanyakansesuatu kepada pengguna jalan raya ketika sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Kota, Klang, Selangor tengah malam tadi.

KLANG – Orang ramai didapati masih mengambil sikap sambil lewa terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila sengaja ‘meronda’ hanya kerana ingin melihat persiapan operasi sekatan jalan raya (SJR) di sini malam tadi.

Alasan lapuk itu diberikan pengguna jalan raya hasil pemantauan SJR di Jalan Persiaran Kota susulan pelaksanaan PKP selama 14 hari di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perkara seumpama itu sepatutnya tidak terjadi berikutan PKP dilaksanakan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Segelintir mereka seolah-olah belum bersedia menghadapi PKP dengan memberi alasan tidak munasabah seperti tidak tahu pelaksanaan PKP dan mahu meronda.

“Justeru, kita menasihatkan masyarakat sentiasa mematuhi SOP bagi mengelak dikenakan tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita di SJR berkenaan tengah malam tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan PKP dilaksanakan untuk tempoh 14 hari bermula tengah malam tadi sehingga 26 Januari ini melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Dalam perkembangan sama, Shamsul Amar berkata, pihaknya melakukan empat SJR melibatkan Kilometer (km) 24.2 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS); Batu 2 Jalan Langat; Jalan Sungai Udang Kampung Delek; dan Jalan Dato’ Mohd. Sidin.

“SJR bergerak juga dilaksanakan di Bukit Tinggi, Sentosa dan sekitar kawasan tersebut susulan menjadi kawasan tumpuan umum.

“Empat jalan juga ditutup membabitkan di Jambatan Musaeddin, (Jalan Tengku Kelana), Jambatan Raja Muda Nala, Jambatan Besi (Pengkalan Batu) dan Jambatan Raja Zainal (Jalan Bukit Badak),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI