fbpx

Malaysia runding Perjanjian Bebas Dagang dengan Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar selepas acara di Universiti Kebangsaan Seoul, Republik Korea.

PETALING JAYA – Kerajaan Malaysia sedang berunding untuk sebuah Perjanjian Bebas Dagang (FTA) dengan Republik Korea kelak sebagai menyemangati kepentingan strategik kedua-dua negara dan bagi melonjak pelaburan dan perdagangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru beliau menegaskan sekali lagi bahawa hubungan Malaysia dan Republik Korea akan terus menyemarak pada tahun hadapan.

“Kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik MAS-ROK yang ke-65 serta kedua-dua negara akan mengemudi ASEAN dan APEC.

“Insya-Allah, ruang dan platform ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat Malaysia dan Republik Korea kelak,” katanya pada hantaran Facebook malam tadi.

Sementara itu, Anwar memaklumkan, selepas acara di Universiti Kebangsaan Seoul, beliau serta delegasi Malaysia bergerak ke lapangan terbang untuk segera pulang ke tanah air.

“Meski lawatan yang singkat, namun ia cukup bermakna kepada saya dan barisan pasukan menteri terutama dalam berusaha sehabis baik, kembali meletakkan Malaysia di persada antarabangsa baik di bidang ekonomi dan melonjak pendirian Malaysia dalam pelbagai isu serantau dan global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI