fbpx

Pilkada 2024: Jutaan rakyat Indonesia pilih pemimpin wilayah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menunjukkan kertas undi di Darul Imarah, pinggir Banda Aceh hari ini. - AFP 

JAKARTA – Lebih 200 juta rakyat Indonesia membuang undi di pusat-pusat mengundi seluruh negara hari ini bagi memilih 545 pemimpin wilayah dalam Pilihan Raya Daerah (Pilkada) 2024.

Mereka akan memilih 37 gabenor, 93 datuk bandar dan 415 ketua daerah selepas tempoh berkempen rasmi bermula pada 25 September dan berakhir 23 November lepas, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA).

Menurut seorang penganalisis politik dari Universiti Paramadina Jakarta, Hendri Satrio, bagi Presiden Prabowo Subianto, pilihan raya itu mungkin akan menentukan sejauh mana dasar dan programnya dilaksanakan di lapangan.

Hendri berkata, ia akhirnya diterjemahkan kepada peluang pemilihan semula apabila penggal Prabowo berakhir pada 2029, sekiranya beliau memutuskan untuk terus bertanding.

“Jika seorang pemimpin (wilayah) datang dari blok pembangkang, maka ada kemungkinan besar wilayah itu tidak akan menyokong keputusan dan program yang dibuat (oleh pentadbiran Prabowo) di peringkat nasional,” katanya kepada CNA.

Bagi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Pilkada adalah peluang untuk ia membuat kemunculan semula dan kekal relevan selepas calonnya, Ganjar Pranowo menduduki tempat terakhir dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu.

Pusat undian di seluruh negara dibuka dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari (waktu tempatan), sebelum proses kiraan pantas akan bermula sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) hari ini.

Keputusan rasmi tidak akan dikeluarkan sehingga satu atau dua minggu akan datang kerana ia melibatkan proses pengesahan yang panjang. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI