fbpx

Hujan lebat masih berterusan di utara, Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kok Lanas, Ketereh dekat Kota Bharu. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan beberapa kawasan sedang mengalami hujan lebat berterusan, terutamanya di bahagian utara Semenanjung, pantai timur, Sabah dan Sarawak.

“Seiring dengan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan, hujan lebat kini sedang melanda kebanyakan kawasan terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, serta kebanyakan bahagian di Pahang dan pantai barat Semenanjung negara,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat yang melanda negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka beransur reda dalam masa terdekat.

“Pada sebelah petang, hujan ini dijangka bergerak ke kawasan pedalaman sebelum menuju ke arah barat Semenanjung. Menjelang petang hingga malam, hujan ringan dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung negara,” tambahnya.

Sementara itu, di Sarawak, hujan kini sedang melanda kawasan Sarikei, Sibu, dan Mukah dan dijangka akan bergerak menjauhi daratan dalam masa dua hingga tiga jam.

Di Sabah pula, hujan juga dilaporkan di kawasan Kudat, dengan keadaan ini dijangka beransur reda. Pada lewat pagi, hujan dijangka melanda hampir keseluruhan bahagian di Sabah.

Orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat dinasihati untuk berhati-hati terhadap kemungkinan berlakunya banjir dan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI