fbpx

Banjir: Jambatan tenggelam, 400 penduduk Orang Asli terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jambatan tenggelam akibat hujan berterusan di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN ORANG ASLI

GUA MUSANG – Kira-kira 400 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq dan Mendriq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini terkandas di kawasan perkampungan mereka apabila sebuah jambatan besi merentasi Sungai Linggi tenggelam sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Jamlus Musa berkata, penduduk Orang Asli di perkampungan itu terputus hubungan selepas air sungai naik melimpahi jambatan sejak pukul 7 malam tadi.

Katanya, selain itu, seramai 24 keluarga Orang Asli yang tinggal berhampiran Sungai Linggi sudah berpindah ke bangsal yang dibina di atas bukit sejak malam tadi.

“Hujan ketika ini masih berterusan dan kami menjangkakan ada lagi yang akan berpindah ke atas bukit sekiranya air sungai semakin meningkat.

“Saya juga memantau keadaan, menasihatkan mereka untuk sentiasa berwaspada dan tidak membenarkan anak-anak kecil bermain air banjir bagi menjamin keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI