BESUT – Seorang peniaga sayur direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes nahas meragut nyawa tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari majlis konvokesyen di Kilometer 53, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Lerek, Setiu pada kelmarin.
Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Nurliyana Md. Zukri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh berusia 24 tahun tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kosmo! semalam melaporkan perjalanan pulang empat beranak daripada menghadiri majllis konvokesyen Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan. – KOSMO! ONLINE