fbpx

361 ah long ditahan di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas menerusi operasi khas ah long di Menara KPJ, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 361 individu yang disyaki terbabit kegiatan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long di seluruh negara sejak 4 November lalu.

Operasi khas selama sembilan hari itu berjaya menahan kesemua suspek yang terbabit kegiatan ah long samada secara langsung atau tidak langsung.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 18 hingga 77 tahun.

Katanya, turut ditahan pekerja di syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang dikesan melanggar syarat Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2024.

“Mereka berperanan seperti pemberi pinjam wang, pemungut hutang, pegawai khidmat pelanggan, ejen pengeluar wang, pemilik akaun keldai, ejen simbah cat dan pengedar risalah serta ‘bunting’ (gegantung) iklan.

“Hasil serbuan, polis merampas pelbagai barangan dan dokumen antaranya 361 telefon bimbit, 399 kad ATM, 10 komputer riba, 11 kenderaan, 1,439 keping kad pinjaman, 250 ikat gegantung, 269 perjanjian pinjaman wang dan wang tunai RM12,994,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini, semalam.

Menurut Ramli, sebanyak 136 kertas siasatan dibuka berkait kesemua tangkapan dan sehingga kini, 25 kertas siasatan membabitkan 41 individu sudah berjaya dituduh di mahkamah.

“Selebihnya masih disiasat mengikut Seksyen 5(2), Seksyen 29AA dan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Tambah beliau, sebanyak 977 kes ah long direkodkan pada 2021 dan angka itu meningkat kepada 989 kes pada 2022, manakala 1,162 kes direkod pada tahun lepas dan bagi tahun ini sehingga Oktober lalu, sebanyak 777 kes ah long direkodkan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI