fbpx

‘Segan sebenarnya, panggil saja Siti macam biasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti masih membiasakan diri dengan gelaran Biduanita Negara.

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih berasa segan membawa gelaran sebesar itu.

Bukan tidak menghargai, sebaliknya Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, selesa dipanggil dengan namanya sendiri.

“Segan sebenarnya dengan gelaran Biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa.

“Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.

“Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu tanggungjawab,” katanya kepada Kosmo! Online pada Majlis Apresiasi Media dan Pelancaran Rasmi Single Sejarah di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sejarah itu akan tetap berusaha memberikan yang terbaik selain bersyukur menerima penghargaan besar.

“Bagi saya anugerah akan datang dengan sendirinya apabila kita bekerja keras.

“Bukan tidak menghargai watikah diberikan, saya bersyukur dan ini satu penghormatan yang besar.

“Tak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat, hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Siti sempat menitipkan nasihat kepada penyanyi muda untuk terus menggapai impian namun harus datang dengan kerja keras.

“Bermimpilah kerana setiap orang berhak untuk bermimpi dan berangan-angan. Selain bermimpi mengadakan konsert dia Royal Albert Hall, saya juga pernah berangan mengadakah konsert sebelum usia 19 tahun dan cita-cita itu jadi menyata.

“Anak muda atau artis yang ingin mengejar mimpi setinggi manapun perlu datang bersama usaha. Jangan mudah merasa puas atau merasa bagus tetapi sentiasa belajar untuk perbaiki kekurangan.

“Kalau ada artis baharu yang lebih bagus, tidak salah untuk kita belajar dan berkolaborasi dengan mereka,” jelas ibu kepada dua orang anak itu.

Sebelum ini, bagai dinantikan ramai Siti dipilih sebagai penerima Anugerah Khas, Biduanita Negara sempena Anugerah Seri Negara 2024 (ASN2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI