fbpx

Harimau dahan serang kambing, beruk masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau dahan yang berjaya diperangkap Perhilitan di Kampung Lubuk Tualang, Sik pagi tadi.

SIK – Seekor harimau dahan jantan yang berkeliaran di pinggir Kampung Lubuk Tualang, di sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pagi tadi.

Pengarah Perhilitan negeri, Dr. Abdul Malek Mohd .Yusof berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran harimau dahan yang menyerang seekor beruk peliharaan penduduk kampung, Ahad lalu.

“Kampung itu salah satu kawasan yang mengalami gangguan harimau dahan sejak awal tahun ini. Kampung lain adalah Kampung Lubuk Tualang, Kampung Chepir, Kampung Hujung Becah, Kampung Sik Dalam dan Kampung Kelian,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, susulan aduan tersebut, satu unit perangkap diletakkan di lokasi aduan berumpankan karkas beruk pengadu untuk menarik perhatian hidupan liar tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI