fbpx

Suspek samun emas RM1.54 juta diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan pada kenderaan milik pemilik premis yang kehilangan beg berisi empat kilogram barangan kemas dalam kejadian samun di Ipoh hari ini.

IPOH – Polis memburu beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kejadian samun beg mengandungi barang kemas bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, maklumat kejadian samun bersenjata itu diterima pada pukul 9.30 pagi melibatkan dua mangsa lelaki yang membawa beg berisi barang kemas seberat empat kilogram.

Katanya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa baharu keluar dari sebuah premis perniagaan di lokasi berhampiran dan mahu menyimpan beg berkenaan ke dalam but kereta.

“Sekumpulan lelaki menaiki tiga buah kenderaan tiba-tiba melanggar bahagian belakang kereta mangsa lalu meluru keluar dan merompak mereka.

“Kesemua suspek yang memakai topeng muka dan bersenjatakan parang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Volvo berwarna putih, BMW berwarna coklat dan Toyota Estima berwarna hitam. Kenderaan itu menggunakan nombor plat palsu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI