fbpx

TP Tech Holding bakal disenarai di Pasaran LEAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lau Poh Keong (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TP Tech Holding, Eric Chew Ching Hou menunjukkan propektus penyenaraian syarikat di Pasaran LEAP tidak lama lagi.

PETALING JAYA – TP TEC Holding Berhad (TP TEC Holding), penyedia penyelesaian kuasa dan peralatan, telah mendapat kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad.

Penyenaraian melibatkan  250,000,000 saham di pasaran tersebut dengan harga rujukan penyenaraian sebanyak RM0.10 sesaham itu, syarikat dijangka mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM25 juta selepas disenaraikan nanti.

Pengarah Urusan TP TEC Holding, Lau Poh Keong berkata, cadangan penyenaraian syarikat di Bursa Securities akan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran penyelesaian tenaga dan peralatan, sekali gus menambah baik profil korporat syarikat serta menyumbang kepada usaha untuk mengembangkan asas pelanggan sedia ada.

 “Penyenaraian ini akan membolehkan kami mengakses pasaran modal untuk aktiviti pengumpulan dana pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. 

TP TEC Holding terbabit dalam bidang perniagaan mereka bentuk, membangunkan, memiliki dan mengurus penyelesaian tenaga khusus untuk industri telekomunikasi dan pembinaan.

Ia  memanfaatkan armada 899 penjana kuasa yang direka oleh TP TEC Holding dan dikerahkan di seluruh Malaysia. 

TP TEC Holding memainkan peranan penting dalam mendayakan dan meluaskan sambungan mudah alih dan Internet di seluruh Malaysia, terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan luar grid.

Sehingga 15 Oktober 2024, TP TEC Holding telah memperoleh sembilan kontrak penyewaan penjana kuasa dengan jumlah nilai lebih RM110.00 juta bersama penyedia telekomunikasi utama di Malaysia.

Selain itu, dalam sektor pembinaan, TP TEC Holding menyediakan penyelesaian tenaga yang dinamik, boleh disesuaikan dan kos efektif, memberikan pengurus projek fleksibiliti untuk menggunakan tenaga berdasarkan permintaan, tanpa perlu membuat pelaburan modal yang tinggi untuk infrastruktur tenaga yang khusus.

TP TEC Holding juga menyediakan penyelesaian peralatan terutamanya kepada sektor pembinaan. 

Ini termasuk penyediaan jentera ringan dan peralatan secara sewaan, bersama perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penyelenggaraan, sokongan teknikal dan pembaikan.

Selain itu, Syarikat turut terlibat dalam perdagangan dan pengedaran produk penapisanenjin diesel untuk kenderaan dan jentera yang digunakan dalam industri logistik, pembinaan, marin, perlombongan, tenaga dan pertanian. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI