fbpx

Alumni YSS sebagai Ejen Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMUA Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa bermula pada tahun 2024 akan dilantik menjadi Ejen Perpaduan bagi menyemai integrasi nasional dalam kalangan rakyat. – GAMBAR HIASAN

YAYASAN Sukarelawan Siswa (YSS) adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang komited untuk membudayakan kesukarelawanan melalui perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tema ‘Kesukarelawanan Tunjang Perpaduan’ mencerminkan aspirasi YSS dalam membangunkan mahasiswa yang holistik, seimbang dan sentiasa bermotivasi melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan untuk kebaikan sejagat.

Selain itu, YSS juga berhasrat melahirkan belia yang prihatin, cakna dan empati terhadap isu kemanusiaan domestik serta global.

Terdapat beberapa misi sukare­lawan yang telah dilaksanakan oleh YSS pada tahun ini.

Antaranya Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) ke Vietnam 2024, yang berlangsung pada 4 Julai hingga 9 Ogos lalu, melibatkan 47 orang peserta.

Penerima manfaat untuk misi sukarelawan ini adalah seramai 31,617 orang yang melibatkan 172 projek sukarelawan.

Selain itu, turut dilaksanakan ialah Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024 pada 1 hingga 18 September lalu.

Jumlah sukarelawan yang terlibat adalah seramai 100 orang, memberi manfaat kepada 44,087 orang melalui 233 projek sukarelawan.

Lokasi yang terlibat dalam misi sukarelawan ini merangkumi Kampung Sabur, Banggi, Kudat; Kampung Tengkurus, Kota Belud; Kampung Moyog, Penampang; Kampung Suasa, Beaufort; Kampung Bandulan, Sepanggar; dan Kompeni A, Batalion 2, Papar, Rejimen 507.

Misi lain yang turut dilaksanakan ialah Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024 yang berlangsung pada 25 Oktober hingga 9 November lalu, melibatkan 99 orang sukarelawan.

Lokasi misi sukarelawan ialah Kampung Kolong 1 dan Kampung Kolong 2 di Petra Jaya, Kuching; Uma Kelep dan Uma Lahanan, Sungai Asap, Belaga, Kapit; serta Rh Jala, Nanga Miaw dan Rh Galana, Nanga Tekalit, Song, Kapit.

Terbaharu, YSS melaksanakan misi sukarelawan Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Kedah dan Kelantan 2024 yang berlangsung pada 22 November hingga 8 Di­sember ini, melibatkan 63 orang sukarelawan.

Misi sukarelawan siswa YSS berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Aktiviti YSS memfokuskan kepada enam teras iaitu Perpaduan dan Pemerkasaan Komuniti; Penambahbaikan Pendidikan dan Pembangunan Kapasiti; Kesihatan dan Kesejahteraan; Transformasi Digital; Ketahanan Terhadap Impak Perubahan Iklim dan Kelestarian Alam Sekitar; dan akhir sekali, Mobilisasi Impak Sosial.

Pada masa sama, YSS merupakan ahli berdaftar kepada agensi Pengurusan Bencana Kebangsaaan (NADMA) dan terlibat secara aktif dalam aktiviti pasca bencana di seluruh negara.

Antara usaha lain yang dilaksana­kan YSS termasuk inisiatif tuisyen percuma, program pembangunan keusahawanan melibatkan koperasi dan komuniti rentan bukan dalam pendidikan, pekerjaan dan latihan (NEET), serta inisiatif Upaya @ Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan, yang bertujuan menoktahkan kemiskinan tegar di Wilayah ­Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Semua Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa bermula tahun 2024 akan dilantik menjadi Ejen Perpa­duan.

Berdasarkan perkembangan misi buat masa ini, YSS berhasrat untuk melahirkan lebih daripada 300 Ejen Perpaduan yang terdiri daripada pelajar berbilang kaum, serta pelbagai latar belakang institusi pengajian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI