fbpx

IPR bantu rakyat jana pendapatan, basmi kemiskinan – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video Rafizi di Facebook Rafizi Ramli hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Ekonomi mahu membuka lebih banyak tapak-tapak Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, usaha kerajaan itu membantu rakyat menjana pendapatan dan membasmi kemiskinan.

“Walaupun ada yang mencemuh, tetapi usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan memberi peluang menjana pendapatan terutamanya kepada penduduk luar bandar adalah berkesan berbanding memberi wang semata-mata tanpa membantu mereka membina peluang pendapatan.

“Sekarang kita tahu tanam cili, nenas dan tanaman kontan lain boleh menjana hasil melebihi RM5,000 sebulan.

“Setakat September 2024, sebanyak 2,742 ekar tanah-tanah kerajaan dibuka yang melibatkan 3,628 peserta di seluruh negara,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook hari ini.

Tambah Rafizi, pihaknya juga banyak menerima permohonan orang ramai untuk menyertainya IPR.

Jelasnya, ada yang menuduh IPR di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) hanya ‘hype’ dan tidak memberi kebaikan kepada rakyat keseluruhannya kerana hanya beberapa kerat yang dapat menyertainya.

“IPR-INTAN yang telah diluluskan banyak dilaksanakan di atas tanah-tanah kerajaan persekutuan yang tidak digunakan dan sebahagiannya di tanah kerajaan negeri.

“Jika anda mahu melihat lebih banyak projek IPR dibuka di kawasan anda, saya mohon juga bantuan anda untuk maklumkan kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menawarkan tanah melalui kerjasama dengan Kementerian Ekonomi, terutamanya negeri-negeri yang masih banyak tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI