fbpx

12 askar cedera dalam nahas 6 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA daripada enam buah kenderaan yang terlibat dekat sempadan Estonia dengan Russia. - Foto ETV

TALLINN – Seramai 12 askar Britain cedera dalam rempuhan melibatkan enam buah kereta dekat sempadan Estonia-Russia pada Jumaat lalu, lapor laman berita The Sun UK semalam.

Lapan daripada mereka telah dihantar pulang ke Britain, manakala tiga daripadanya masih menerima rawatan di hospital.

Konvoi tiga buah van mini tentera itu terlibat dalam nahas membabitkan enam buah kenderaan ketika ribut salji melanda kira-kira 32.18 kilometer dari Russia.

Nahas berlaku di sebuah persimpangan jalan, di mana dua kereta awam berlanggar.

Laporan tempatan berkata, seorang wanita berusia 37 tahun yang memandu kenderaan Volvo S80 membelok ke lebuh raya dan melanggar sebuah kereta BMW 530D dipandu seorang wanita berusia 62 tahun.

Ia menyebabkan tiga buah van Toyota yang membawa anggota-anggota tentera tersebut gagal berhenti pada waktunya.

Sebuah Mercedes Sprinter yang lebih besar yang dalam perjalanan ke arah bertentangan turut terlibat dalam nahas itu.

Askar-askar itu adalah sebahagian daripada misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mempertahankan sempadan timur dari Russia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI