fbpx

Saya terima jawatan Setiausaha Agung Bersatu -Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin Ali

SHAH ALAM- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan menerima jawatan Setiausaha Agung parti itu, seperti yang ditawarkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau berkata, Muhyiddin ada menawarkannya jawatan tersebut dalam persidangan khas parti yang berlangsung di Selayang, Julai lalu.

“Dalam sidang akhbar (selepas selasai persidangan tersebut) Presiden ada melontarkan cadangan untuk melantik saya sebagai Setiausaha Agung.

“Lanjutan daripada kenyataan tersebut, memang ada beberapa sesi perbincangan dan saya telah menyatakan kepada Presiden bahawa saya bersedia untuk membantu Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk memperkukuhkan Bersatu,” katanya ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata, beliau bersedia menerima jawatan tersebut yang disifatkannya sebagai berat untuk membawa Bersatu ke satu tahap yang lebih baik.

“Saya yakin rakyat menanti satu pilihan yang terbaik untuk mereka untuk mencari penyelesaian cabaran-cabaran semasa seperti isu politik, ekonomi dan sosial yang dekat dengan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI