fbpx

Bintang dangdut sohor disonglap pekerja sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INUL DARATISTA

PENYANYI dangdut Inul Daratista mengalami kerugian besar apabila bekas pekerjanya ditangkap mencuri beberapa barangan berharga syarikat.

Lelaki yang bekerja sebagai pembantu pejabat itu dipercayai melarikan kereta syarikat, komputer riba, wang tunai dan barangan berharga.

Kejadian itu membabitkan premis perniagaannya di Inul Vista yang terletak di kawasan Sunter Agung, Jakarta Utara.

Sehingga kini jumlah kerugian belum dapat dipastikan, namun laporan polis sudah dibuat Inul beberapa hari lalu.

Penyanyi tersebut kesal dengan perbuatan dilakukan individu terbabit selain tidak menyangka kepercayaan diberikan telah dikhianati.

Pada masa sama, ahli perniagaan terbabit berharap semua kakitangan syarikatnya jujur ketika bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI