fbpx

Pelajar IPT diingatkan elak aktiviti luar ketika MTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bercakap kepada pemberita selepas hadir melawat persiapan Festival Idea Putrajaya di Pusat Komvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Para pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar terutamanya rekreasi di air susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya menyerahkan kepada pengurusan IPT masing-masing bagi membuat pertimbangan dalam mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan sepanjang musim tersebut.

“Saya ingin mengingatkan semua, ketika musim tengkujuh ini khususnya (pusat pengajian) yang terletak di kawasan Pantai Timur, langkah (berjaga-jaga) hendak lah dibuat di peringkat IPT termasuk politeknik dan kolej komuniti.

“Selain daripada langkah-langkah yang diambil oleh pihak institusi yang berkenaan, kita juga menasihati para pelajar supaya mengambil langkah yang perlu. Saya harap ianya tidak akan menimbulkan masalah di kalangan mereka nanti sepanjang musim ini,” katanya.

Zambry berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan program Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI