fbpx

UCL: Real dirundung malang hilang pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL terdesak untuk meraih kemenangan ke atas Liverpool apabila perjalanan mereka di pentas UCL ketika ini tidak begitu lancar. - AFP

LIVERPOOL – Isu kecederaan pemain menyaksikan Real Madrid berada dalam situasi sukar bagi menghadapi Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara di Anfield awal lagi esok.

Situasi itu memaksa gergasi Sepanyol itu melupakan beberapa tonggak utamanya dan hanya membawa 19 pemain ke Liverpool termasuk tiga penjaga gol.

Selepas kehilangan Dani Carvajal, David Alaba, Rodrygo dan Eder Militao, selain Real juga
terpaksa melupakan khidmat Vinicius Jr.

Bagaimanapun, perkembangan semasa penyerangnya, Kylian Mbappe memberikan sedikit harapan buat penyokong Real untuk memburu kejayaan di Anfield.

“Saya fikir saya mula serasi dengan rakan sepasukan lain dan saya juga boleh bermain di setiap posisi yang saya diperlukan. Saya bersedia untuk beri segala-galanya untuk bantu pasukan.

“Ini adalah kisah kerjaya saya, saya bermain di sebelah kanan, juga kiri dan juga tengah. Semua itu tidak penting kerana saya hanya mahu bantu pasukan,” katanya.

Keadaan ini menyaksikan Real hanya memiliki lapan pemain di bangku simpanan di mana Mbappe, Jude Bellingham, Eduardo Camavinga, Federico Valverde dan Antonio Rudiger perlu memainkan peranan lebih besar buat pasukan.

Menyedari kesukaran dihadapi pada aksi dengan Liverpool, Jurulatih Real, Carlo Ancelotti mempunyai beberapa pilihan di posisi pertahanan tengah dan dijangka akan menggandingkan Antonio Rudiger dengan Raul Asencio atau pun Jesus Vallejo.

Ferland Mendy pula dijangka akan bermain selaku pertahanan kiri manakala khidmat Lucas Vazquez akan kembali ditagih di posisi tengah.

Tiga mata amat penting buat The Galacticos selepas dikejutkan AC Milan 1-3 pada perlawanan lalu di mana mereka sekadar mengumpul enam mata daripada empat perlawanan awal. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI