fbpx

UCL: Liverpool impi ulangi detik 2009

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berada pada prestasi terbaik ketika ini dan berpeluang untuk mencipta kejutan ke atas Real pada aksi awal pagi esok. - AFP

LIVERPOOL – Prestasi dan kualiti yang dipamerkan setakat ini meletakkan Liverpool dalam situasi penuh keyakinan untuk berdepan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di Anfield awal pagi esok.

Bagaimanapun, pengendali pasukan, Arne Slot mengakui mereka berdepan cabaran untuk mengekalkan aksi terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke saingan UCL berdepan penyandang juara tersebut.

Slot mengakui perkara yang paling sukar untuk pasukan dari England adalah mengekalkan tahap konsisten ekoran saingan liga yang agak sukar dan kompetitif sehingga memberi kesan ketika bersaing di pentas Eropah.

“EPL sentiasa memerlukan sesuatu yang lebih daripada pemain pada setiap minggu. Kemudian anda perlu beraksi di Eropah dan ia menyebabkan perlawanan menjadi tidak mudah.

“Hanya ada beberapa pasukan dari England yang membuktikan mereka mampu melakukan dan Liverpool adalah salah satu pasukan. Sebab itu kami di England memerlukan skuad yang besar,” katanya.

Dalam pada itu, tonggak utamanya, Mohamed Salah juga bertegas yang dia tidak mahu terlalu memikirkan soal kontrak sebaliknya kekal fokus untuk pamer kualiti terbaik di pentas tertinggi.

“Saya cukup profesional, semua orang boleh lihat kerja saya dan saya hanya mahu menikmati bola sepak. Saya akan sentiasa bermain di peringkat tertinggi, begitu juga dengan Virgil Van Dijk.

“Saya hanya mahu fokus kepada pasukan dan mahu lakukan yang terbaik kerana itulah karakter saya yang sentiasa mahu lakukan sehabis baik buat diri sendiri serta kelab,” katanya.

Penyokong The Reds juga pastinya mengharapkan badi Real Madrid dapat ditamatkan memandangkan kali terakhir Liverpool menang ke atas lawan itu di pentas Liga Juara-Juara adalah pada 2009. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI