fbpx

ACL2: Kinoshi tuntut kesungguhan pemain Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINOSHI memulakan tugasnya sebagai pengendali baharu Selangor sejak kelmarin dan aksi debutnya menentang Muangthong malam esok. - FB SELANGOR FC

BARISAN pemain Selangor FC perlu bersedia untuk memerah keringat andai mahu mengikuti falsafah bola sepak yang diterapkan oleh pengendali baharu dari Jepun, Katsuhito Kinoshi.

Kinoshi mengakui taktikal yang diterapkan sepanjang kariernya sebelum ini adalah corak permainan yang agresif dan perkara sama akan dibawa ke kem Gergasi Merah pada baki saingan musim ini.

Malah, pengendali berusia 60 tahun itu turut mahu mentaliti tidak mudah menyerah diserap oleh semua pemain sehingga wisel penamat ditiupkan.

“Corak permainan yang saya terapkan adalah bola sepak yang agresif. Saya juga mahu pemain menunjukkan semangat tidak mudah menyerah sehingga penghujung saingan,” katanya.

Kinoshi yang sudah melapor diri di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam kelmarin bakal mempunyai misi getir apabila dijadual menentang Muangthong United pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada aksi debutnya malam esok.

Kinoshi sebelum ini miliki pengalaman luas dan pernah bekerjasama dengan pengendali berpengaruh dalam dunia kejurulatihan bola sepak seperti Dragan Stojkovic, Giovanni van Bronckhorst dan Akira Nishino.

Kehadiran Kinoshi sekali gus menamatkan spekulasi penyandang ‘kerusi panas’ itu selepas Nidzam Jamil membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan pada 30 Oktober lalu.

Pengurusan Selangor FC sebelum ini pernah mencuba DNA Jerman menerusi gandingan Michael Feichtenbeiner dan Karsten Neitzel sejak 2020 sebelum menggunakan kepakaran tempatan dengan melantik Tan Cheng Hoe serta Nidzam pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI