fbpx

102,646 alat perubatan usia lebih 10 tahun – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan penggantian peralatan yang telah Beyond Economy Repair (BER) atau ‘melampaui pembaikan ekonomi’ dan komited untuk memastikan kesemua peralatan dalam keadaan terbaik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 102,646 bilangan peralatan perubatan berusia melebihi 10 tahun yang masih aktif.

“KKM sentiasa memastikan peralatan ini boleh digunakan dengan baik dan optimum serta diselenggara mengikut ketetapan pengilang dan piawaian melalui program penyelenggaraan komprehensif bagi memastikan peralatan perubatan selamat digunakan.

“Malah, KKM telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha mengoptimumkan peruntukan yang tersedia terkait memastikan peralatan KKM dalam keadaan baik,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi soalan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Dzulkefly berkata, antara inisiatif dilaksanakan ialah melaksanakan perolehan peralatan secara sewaan agar peralatan yang dibekalkan sentiasa dalam keadaan baik, mengikut perkembangan teknologi semasa serta diselenggara secara optimum mengikut standard ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI