fbpx

Maut di LPT 2, Myvi rempuh penghadang lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat nahas maut meragut nyawa Mohd. Noor di KM 306.3, LPT2 berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 306.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, mangsa, Mohd. Noor Yunus, 37, yang berasal dari Ketereh, Kelantan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di badan.

Sewaktu kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu Mohd. Noor dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang dari arah Kuala Terengganu.

Setibanya di lokasi, kereta itu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

Pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia. Mayat Mohd. Noor dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI