fbpx

Nahas pulang konvo: Shamimi belum tahu ibu bapa, kakak ‘tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan terakhir Ahmad Kamarul Syafieq (kiri) dan Nur Azwa Shamimi (dua dari kiri) bersama arwah ibu bapa dan kakak yang maut dalam nahas di Kampung Sungai Lerek, Setiu.

SETIU – Nur Azwa Shamimi Kamarudin, 21, yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas ngeri meragut nyawa ibu bapa dan kakaknya di Kampung Sungai Lerek di sini semalam selamat menjalani pembedahan kepala.

Abang ketiga graduan Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) tersebut, Ahmad Kamarul Syafieq, 28, berkata, adik bongsunya belum sedarkan diri dan masih dalam pemantauan doktor.

“Adik bongsu saya (Nur Azwa Shamimi) selamat menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam kepala malam tadi.

“Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ahmad Kamarul Syafieq berkata, tumpuannya dan ahli keluarganya buat masa ini memastikan pemulihan Nur Azwa Shamimi apatah lagi gadis itu kini merupakan satu-satunya saudara perempuan mereka yang tinggal.

Jelas anggota bomba tersebut, biarpun Nur Azwa Shamimi sudah sedar nanti, mereka masih belum bersedia memaklumkan berita kematian ibu bapa dan kakak kepada gadis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI