fbpx

Bahasa Melayu bahasa perpaduan, bukan diskriminasi pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. PUAD

ISKANDAR PUTERI – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoal tindakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Bahasa Melayu mengurangkan tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Beliau sebaliknya berkata, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa perpaduan yang berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang kaum, selama ini.

“Menteri Pelancongan dakwa ada pelancong bertanya apakah Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum akibat tindakan keras DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) terhadap papan iklan yang tidak guna Bahasa Melayu.

“Sebagai Menteri, Tiong patut tanya balik, apakah kamu nampak ada pergaduhan kaum di Malaysia. Apakah ada rumah berhala, kuil, kedai arak dan judi yang dirobohkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, negara bakal mengakhiri kerugian lebih besar sekiranya mengabaikan perpaduan melalui penggunaan bahasa.

Sementara itu, semasa memulakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI