fbpx

Beg berisi barangan kemas dilarikan enam penyamun bertopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan pada kenderaan milik pemilik premis yang kehilangan beg berisi tiga kilogram barangan kemas dalam kejadian samun di Jalan Bendahara, Ipoh hari ini.

IPOH – Satu beg berisi barangan kemas seberat tiga kilogram dilarikan enam lelaki bertopeng dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang menaiki dua buah kereta itu turut bersenjatakan pisau dan parang.

Kejadian sekitar pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika pemilik premis iaitu seorang lelaki berusia 50-an mahu menghantar barangan kemas kepada pelanggan.

Menurut lelaki itu, dua buah kereta dinaiki suspek telah menghalang kenderaannya sebelum merampas beg berisi barangan kemas.

“Kejadian berlaku begitu pantas ketika saya mahu meletakkan beg berisi emas di dalam bonet.

“Sebuah kereta kemudiannya telah melanggar bahagian belakang kenderaan saya. Mujur saya sempat mengelak dan hanya cedera ringan di kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pasukan siasatan sedang berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI