fbpx

Rizab air empat negeri di bawah tahap selesa -Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah semasa menghadiri Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (NWICE) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

PETALING JAYA – Empat negeri ketika ini mempunyai kadar rizab margin air di bawah tahap selesa atau bawah 15 peratus iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Melaka.

Mendedahkan perkara demikian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kadar rizab margin yang sepatutnya adalah 15 peratus ke atas.

Bagaimanpun katanya, secara keseluruhan kebanyakan negeri berada pada kadar rizab 15.3 peratus.

“Berdasarkan perancangan projek semasa di bawah pelan perniagaan operator air, kadar rizab margin dijangka akan meningkat kepada 15.7 peratus menjelang tahun 2025.

“Malah meningkat 23.8 menjelang tahun 2030 sekiranya semua projek yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual,”kata dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau telah Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (NWICE) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Persidangan tersebut membawa tema ‘Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat’ dan ia menghimpunkan lebih 800 delegasi, 120 pembentangan kertas kerja dan 100 pempamer daripada pelbagai sektor dari dalam serta luar negara.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ketika ini 97.1 peratus penduduk mempunyai akses kepada perkhidmatan bekalan air bersih.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia menggunakan 228 liter air setiap orang sehari (LCD), angka yang agak tinggi berbanding sasaran 180 LCD pada tahun 2030.

“Penyaluran air terawat yang dibekalkan daripada 348 loji rawatan air di seluruh Semenanjung dan WP Labuan boleh menampung sehingga 18,842 juta liter sehari (JLH),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI