fbpx

Pegawai MDSB didakwa rasuah RM6, 000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM6, 000, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Nor Azam Mohamad Rafiai, 44, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Nor Azam didakwa sebagai penjawat awam telah menerima wang tunai RM6, 000 daripada seorang lelaki berusia 36 tahun dengan tanpa balasan yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa MDSB.

Kesalahan itu dibuat di pejabat MDSB, Sungai Besar sekitar November 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Aliff Shaharuzaman mencadangkan jaminan RM10, 000 bersama seorang penjamin dengan tiga syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat SPRM setiap awal bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak menganggu saksi pendakwaan.

Peguam Mohd. Baharudin Kassim memohon jaminan rendah susulan anak guamnnya menanggung isteri dan kakaknya selain telah memberikan kerjasama kepada SPRM.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM9, 000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula pada 23 Januari depan.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM6,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih rumah daif di sebuah daerah di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Caption

Azam ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI