fbpx

Pastor sambilan simpan mayat ibu dalam peti sejuk didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deanesh (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pastor sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang mana mayat wanita itu disimpan dalam peti sejuk beku sejak tahun 2021.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada N.Deanesh, 53, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Faham (pertuduhan),” kata tertuduh yang berada diatas kerusi roda ketika pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Deanesh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap ibunya Catherine Daniel, 77, (umur sewaktu kejadian) di sebuah rumah di Taman OUG di sini antara 21 Mac hingga 26 Mac pada 2021.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 7 Februari 2025 bagi sebutan laporan perubatan, bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Terdahulu tertuduh tiba pada pukul 9.30 pagi di mahkamah dengan diiringi anggota polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pertuduhan itu adalah hasil kertas siasatan yang telah dirujuk Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, sebanyak 13 rakaman percakapan saksi telah dirakam untuk membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu dalam kejadian di Jalan Hujan Abu 6, di sini.

Difahamkan suspek lelaki berusia 50-an membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

Mangsa yang mati dipercayai akibat dipukul itu meninggal dunia sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan diletakkan di dalam peti ais tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI