fbpx

Dua kanak-kanak tujuh tahun ditemui lemas dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TUARAN – Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui lemas dalam sebuah kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli kelmarin.

Difahamkan, kejadian hanya disedari selepas adik kepada salah seorang mangsa memaklumkan kepada keluarga selepas terselamat dalam kejadian sama.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebaik menerima laporan pada pukul 5.18 petang.

“Beberapa penduduk kampung bersama keluarga mangsa pergi ke lokasi kejadian dan berjaya menemui kedua-dua mangsa di dasar kolam dalam keadaan tidak sedarkan.

“Bagaimanapun, pihak hospital Tuaran yang hadir membantu di tempat kejadian kemudiannya mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia. Kedua-dua mangsa telah dibawa balik ke rumah oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noraidin memaklumkan hasil siasatan awal mendapati jarak rumah kedua-dua mangsa dengan kolam hanya kira-kira satu kilometer.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI