PETALING JAYA– Seorang lelaki mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan tender palsu bernilai RM150,000.
Menerusi perkongsian Asraff Jeffery di TikTok, syarikatnya dihubungi oleh individu yang menyamar sebagai ‘wakil kerajaan’ dan memberitahu mereka dianugerahkan tender RM150,000.
Katanya, apabila dia diminta membeli cenderahati bernilai RM30,000 bagi 30 tetamu majlis menyebabkan saya meragui kesahihan tender itu.
Asraff mendapati penggunaan nama kementerian yang sudah bertukar sejak tiga tahun lalu, iaitu dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.
“Saya kemudian menyemak di laman web kementerian berkaitan untuk mencari maklumat mengenai tender yang tertera dalam surat itu, tetapi tiada dan nombor tender tersebut memang tidak wujud.
“Saya juga membuka sistem e-perolehan syarikat dan mencari nombor tender itu, tetapi masih tidak dapat menjumpainya,” katanya dalam video berkenaan.
Dengan bukti-bukti yang diperoleh, Asraff yakin bahawa tender itu adalah satu penipuan dan tidak mahu meneruskan transaksi tersebut. -KOSMO! ONLINE
@asraffjefferyHampir kena scam dengan tipu muslihat tender Kerajaan RM150k. Sebarkan.