fbpx

Lapor JTK jika majikan enggan beri pelepasan solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

ISKANDAR PUTERI – Pekerja Muslim yang berdepan kesukaran pelepasan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan digesa membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, majikan yang ingkar dengan tidak memberikan waktu rehat mencukupi boleh dikenakan tindakan.

Menurut beliau, aduan boleh dibuat kepada JTK kerana kesalahan diskriminasi di bawah Akta Pekerja.

“Mana-mana syarikat yang enggan beri pelepasan dua jam bagi solat Jumaat atau disukarkan urusan solat pekerja mereka boleh dilaporkan kepada JTK.

“Majikan yang didapati bersalah akan diambil tindakan. Jangan masukkan sentimen politik kerana perkara ini mendapat perkenan dan akan dilaksana mulai 1 Januari depan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Abdul Aziz Talib (Maharani-PN) berhubung kesediaan kerajaan negeri memudahkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 1 Januari 2025.

Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah memberitahu, sejumlah 26 buah sekolah di Johor berdepan kesukaran melaksanakan solat Jumaat pada hari persekolahan.

Bermula 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di Johor akan dikembalikan kepada Sabtu dan Ahad berbanding Jumaat dan Sabtu ketika ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI