fbpx

‘Bukan pengikut saya pun’ – Daiyan Trisha dikecam berbaju jarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daiyan dikecam netizen kerana berpenampilan mencolok mata ketika menghadiri konsert bintang antarabangsa, Dua Lipa.

PETALING JAYA – Penampilan ketika menghadiri konsert Dua Lipa dikecam, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memilih untuk menyekat akaun netizen yang disifatkan tidak bermanfaat.

Ujar Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, tindakan itu dilakukan kerana mereka bukan peminat sejati dalam Instagram sebaliknya hanya hadir untuk mencari kesalahan selain melemparkan kata nista.

“Kelakarlah. Yang meninggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun!

“Kamu semua ke sini hanya untuk meninggalkan komen yang tidak diminta?

“Kamu semua tidak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat!” katanya menerusi Instagram Story.

Kontroversi tercetus apabila pelantun lagu Penat itu memuat naik video memaparkan dirinya mengenakan pakaian yang dianggap terlampau seksi.

Pemilihan berbaju jarang diacu skirt pendek itu mencetuskan rasa kurang senang netizen yang menasihatinya supaya lebih menjaga adab berpakaian sebagai wanita Muslim.

“Ya Allah pakaian, awak tak malu ke pakai macam itu sebagai wanita muslim?,” komen seorang netizen.

“Tahulah minat Dua Lipa, tetapi janganlah ikut cara pemakaian dia. Dia bukan Islam, jadi bolehlah dia berpakaian seksi,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Walaupun dihujani kritikan, Daiyan dilihat enggan peduli selain tidak terkesan dengan komen negatif dilemparkan.

Sebaliknya, dia terus berinteraksi dengan peminat yang menyokongnya, sambil berkongsi rasa kecewa terhadap mentaliti segelintir netizen yang sibuk mencari kesalahan orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI