PETALING JAYA – Anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B meminta orang ramai supaya bertenang selepas tular berita tentang aset mewah milik ibunya yang disita hari ini.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin, 19, yang juga pempengaruh dan penyanyi itu dalam satu hantaran di Instagram Story turut memberi jaminan perkara tersebut akan diselesaikan.
“Guys, sabarlah pasal yang kena sita tu. Insya-Allah semua akan okey,” katanya ringkas.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memberi kata-kata semangat kepada Cik B yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Sepanyol.
“Semoga dipermudahkan urusan, Cik B,” kata Eva.
“Cik B anak mama yang hebat,” kata Xnuying.
“Semoga yang baik-baik saja buat keluarga Cik B,” kata Faizahjaa.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat kereta mewah milik Vida disita di rumahnya di Meru, Ipoh, Perak hari ini kerana gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018. – KOSMO! ONLINE