fbpx

JAIS sahkan Sajat disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Sajat

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) mengesahkan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataannya berkata, siasatan tersebut dibuat berikutan tindakan Muhammad Sajjad,36, di dalam negeri Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai pelakuannya pada 2018 dan 2020.

Katanya, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan Muhammad Sajjad berkaitan insiden melibatkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.

“Muhammad Sajjad telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.

“Pegawai penguat kuasa berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan keterangan mengenai laporan dibuat (itu),” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan Muhammad Sajjad mendakwa ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu.

Dia mendakwa telah dilayan tidak wajar seperti digari walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI