fbpx

[VIDEO] Gagal bayar RM 1 juta: Vida lantik peguam, harap diberi ruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat kereta mewah milik Vida disita di kediamannya di Meru, Ipoh, hari ini.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sudah melantik peguam bagi menyelesaikan kes tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya berjumlah kira-kira RM1 juta.

Vida atau atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, berkata, beliau mengambil perkara itu dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik serta mengikut lunas undang-undang.

“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional,” katanya dalam hantaran di Instagram, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan empat kereta mewah milik usahawan itu disita di rumahnya di Meru, Ipoh hari ini.

Empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumah beliau.

Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI