fbpx

Tahanan lolos panjat pagar Mahkamah Alor Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS memburu tahanan berusia 30-an yang meloloskan diri di pekarangan Mahkamah Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Polis memburu seorang tahanan lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dalam keadaan tangan bergari di pekarangan Mahkamah Alor Gajah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, tahanan berusia 30-an itu telah dibawa oleh pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke mahkamah bagi sebutan semula kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun dilaporkan lolos ketika dalam perjalanan untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan penguat kuasa kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

“Tahanan terbabit tiba-tiba menolak pegawai pengiring dan terus melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah ke arah kawasan semak berhampiran.

“Dia dilaporkan telah melarikan diri dalam keadaan kedua-dua tangan bergari di depan. Ketika kejadian, tahanan ini memakai kemeja-T berwarna biru muda dan berseluar panjang putih,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu pihak polis telah melancarkan Op Tutup Dan Op Kesan untuk mencari dan menangkap semula lelaki terbabit.

“Pihak polis turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9), namun setakat ini suspek masih belum dapat dikesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI