fbpx

Suspek buruan kes samun, toreh dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video suspek yang terlibat dalam kejadian ragut.

KLANG – Seorang lelaki yang diburu berhubung kes menyamun dua beranak dan menoreh lengan salah seorang mangsa di Bandar Bukit Tinggi 1 di sini, minggu lalu berjaya dicekup polis, semalam.

Suspek berusia 21 tahun itu diberkas di sebuah rumah di sekitar Taman Sentosa, kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, penahanan itu dibuat susulan kes wanita berusia 30 tahun yang disamun dua lelaki bermotosikal pukul 8.20 malam, 16 November lalu.

Katanya, tangkapan terbaharu itu turut membawa kepada rampasan motosikal dan pakaian digunakan suspek ketika kejadian yang kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua suspek merompak dua beranak dan menoreh lengan salah seorang mangsa sebelum melarikan beg tangan seterusnya menyebabkan kerugian RM500.

Susulan itu, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki dengan semakan mendapati mempunyai tujuh rekod dadah.

Kedua-dua suspek turut terlibat dalam kes ragut yang tular baru-baru ini di bawah pentadbiran IPD Klang Utara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI