fbpx

Staf universiti parah dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan universiti parah dihempap pokok di Bukit Kemuning, Kijal, Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Seorang kakitangan sebuah universiti tempatan cedera parah pada bahagian kepala selepas dihempap sebatang pokok tumbang sewaktu mendaki Bukit Kemuning, Kijal di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi tersebut, mangsa berusia 35 tahun dihempap pokok tersebut sewaktu mahu memasuki hutan simpan di kawasan bukit tersebut bagi melakukan kajian geologi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa mendaki Bukit Kemuning bersama enam kakitangan dan 45 pelajar universiti berkenaan.

“Sewaktu tiba di kawasan kebun buah-buahan berhampiran sempadan hutan simpan itu, sebatang pokok tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa.

“Rakan-rakan mangsa menghubungi pihak keselamatan untuk meminta bantuan. Mangsa yang cedera parah di kepala terpaksa ditidurkan di Hospital Kemaman di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI