JAKARTA – Perbuatan dua lelaki yang mencuri sebuah motosikal ketika pemiliknya sedang menunaikan solat subuh di masjid mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Detik News semalam.
Kejadian berlaku di Masjid Jami Al Mujahidin di Bogor, wilayah Jawa Barat.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua lelaki itu menghampiri sebuah motosikal sebelum salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan enjin.
Selepas enjin motosikal berjaya dihidupkan, dia segera melarikan diri dengan menunggang motosikal yang dicuri.
Ketua Polis Bojonggede, AKP Abdullah berkata, kecurian itu berlaku semasa pemilknya sedang menunaikan solat subuh.
“Siasatan sedang giat dijalankan,” tambah Abdullah. – AGENSI