fbpx

Vida gagal bayar kontraktor RM1juta, empat kereta kena sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samir (depan) ketika proses penyitaan barangan di rumah Vida di Meru, Ipoh, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Empat kereta mewah antara barangan milik usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang disita di rumahnya Meru di sini hari ini setelah gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.

Empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumah beliau.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman, 53, di sini.

Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Peguam, Samir Zainal berkata, pihaknya melakukan sitaan selepas mendapat perintah penyitaan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihaknya mendapat kerjasama daripada kakitangan Vida sepanjang proses sitaan di rumah usahawan kosmetik terkenal itu, di sini hari ini.

“Barangan yang disita melibatkan semua barang dalam rumah kecuali bilik tidur DS Vida sebab pintu berkunci dan kenderaan iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

“Berdasarkan penyiataan ini, barang ini tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh dua minggu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya, jika DS Vida menjelaskan tunggakan, pihaknya akan melepaskan sitaan.

“(Jika tunggakan dilunaskan) Kami akan tarik balik sitaan. Setakat ini saya belum dapat bercakap lagi dengan beliau. Saya difahamkan dia berada di China dan dia akan hubungi saya,” katanya.

Sementara itu, wakil Ah Design Communication Sdn Bhd., Mohamad Taufik Kamarul berkata, tuntutan terhadap jutawan kosmetik itu bagi bayaran untuk ubah suai bangunan kilang Vida di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor kepada studio.

Menurutnya, tuntutan tunggakan bayaran tersebut sudah bermula sejak tahun 2018 lagi.

“Kami terpaksa mengambil tindakan sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang. Pernah berurusan peguam dengan peguam untuk penyelesaian tapi tiada maklum balas, jadi kami tiada pilihan selain daripada tindakan yang kami lakukan hari ini.

“(Jumlah tunggakan) Untuk penghakiman yang kami ada prinsipalnya lebih RM800,000, tambah faedah lebih kurang RM1.06 juta. Buat masa ini, ini penghakiman yang kami peroleh,” katanya.

Mohamad Taufik berharap perkara itu diselesaikan dengan cara baik.

“Kami tiada niat untuk menyita barang-barang beliau. Kalau benda ini selesai sebelum tempoh penyitaan, kita sedia tarik balik penyitaan. Selama enam tahun saya tunggu (bayaran tunggakan), agak lama juga sebenarnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI