fbpx

Pekerja bercuti dipotong gaji lambat jawab mesej bos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi dan komen salah seorang pengguna media sosial. - X

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila berkongsi bahawa gajinya dipotong kerana lambat membalas mesej majikan semasa cuti, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Perasaan tidak puas hati itu dikongsi di platform X oleh akaun @MuhadklyAcho, Rabu lalu sebelum tular di media sosial. 

Lelaki itu berkata, mesej tersebut diterima di luar waktu bekerja terutamanya semasa cuti, namun gajinya tetap dipotong. 

“Gara-gara lambat memberikan jawapan semasa bercuti, gaji saya dipotong 500,000 rupiah (RM140) oleh majikan,” demikian menurut keterangan siaran itu. 

Perkongsian itu mencatatkan lebih 352,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen. 

“Kakitangan disuruh terus bekerja seperti binatang tapi gajinya terlampau rendah!” marah seorang netizen. 

“Seharusnya tidak perlu balas mesej itu! Dia (lelaki berkenaan) sedang bercuti!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI