fbpx

Cantik, seksi, Ananya Panday dahulunya ‘si bongkok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANANYA PANDAY

BERTAHUN-TAHUN berlalu, aktres Ananya Panday masih bergelut dengan keyakinan diri kerana masih terkenangkan insiden dibuli ketika zaman sekolah.

Pelakon berusia 26 tahun itu mengakui ejekan sekumpulan rakan yang memberikannya gelaran memalukan masih berbekas sehingga ke hari ini.

Dipanggil si bongkok, kaki ayam dan papan lapis dihamburkan menerusi laman sosial suatu ketika dahulu.

“Ketika saya belajar, laman sosial baru bermula dan ada pihak menggunakan platform tersebut sebagai medan mengecam orang lain.

“Situasi tersebut mengganggu emosi saya. Jadi saya harap berhentilah membuli termasuk menerusi media sosial,” katanya.
Pelakon filem Student of the Year 2 itu turut terkejut apabila baru-baru ini difitnah kononnya menipu latar belakang pendidikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI