fbpx

Johor fatwakan GISBH ajaran, fahaman sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BATU PAHAT – Jabatan Mufti Negeri Johor menetapkan ajaran, pegangan dan fahaman pengikut GISBH sebagai haram seleras dengan ketetapan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, muzakarah MKI memutuskan keputusan bahawa gerakan itu bercanggah dengan ajaran dan menyeleweng daripada akidah islam.

Katanya, keputusan pengharaman ajaran GISBH itu dipersembahkan kepada Sultan Johor dan diperkenankan namun masih menunggu pewartaan untuk diambil tindakan.

“Fahaman ini dibawa ke dalam Jawatankuasa Fatwa Johor dan hasil muzakarah itu telah disembah maklum kepada Tuanku bahawa ajaran ini adalah menyeleweng dan perlu diberikan penerangan kepada masyarakat supaya tidak terlibat.

“Keputusan serupa juga ditetapkan kepada ajaran Qadiani yang difatwakan haram pada awal tahun 1960-an, namun ada cubaan untuk menghidupkan semula ajaran itu,” katanya selepas menghadiri Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI