fbpx

Suami manipulasi isteri ‘taat’ untuk buat jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kesalahfahaman konsep taat membuatkan ramai wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kes tersebut berkenaan kepada pihak berkuasa.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, konsep tersebut telah dimanipulasi segelintir golongan lelaki agar golongan wanita seperti merelakan jenayah berkenaan termasuk dalam buli mental.

Katanya, ini ditambah dengan sistem sosial atau budaya patiarki iaitu lelaki lebih mendominasi dengan sekiranya golongan wanita ingin menuntut hak mereka dianggap derhaka.

“Jadi agama itu digunakan, namun tidak boleh dijadikan asas sebab dalam al-Quran juga menyebut bahawa lelaki itu adalah pelindung.

“(Kalau) pukul sepatutnya adalah tujuan mendidik dan sangat ringan serta tidak sampai berbekas kepada kulit isteri dan ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Kempen 16 hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor.

Justeru, Anfaal menegaskan, golongan agama termasuk ulama perlu menginteprestasi secara tepat mengikut konteks dan mendidik isu keganasan rumah tangga kepada golongan isteri.

Menurut beliau, sebanyak 813 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sepanjang lapan bulan tahun ini di Selangor.

“Statistik ini membimbangkan dengan daerah Gombak mencatatkan kes tertinggi sebanyak 147 kes. Ini menandakan perlunya tindakan kolektif dan kolabrasi semua pihak dalam menangani isu tersebut.

Mengulas mengenai kempen itu, Anfaal berkata, adalah selaras dengan kempen antarabangsa tahunan yang bermula pada hari ini sehingga 10 Disember depan.

“Ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pendidikan terhadap isu keganasan rumah tangga dan langkah boleh diambil mangsa untuk melindungi diri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI